Wednesday, December 5, 2018

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID

PENGENALAN

Dalam bab ini, kita akan mempelajari sistem pengurusan dan pembelajaran murid. Sistem pengurusan dan pembelajaran amat penting bagi memastikan sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Antara kandungan yang terdapat dalam bab ini adalah seperti berikut: 
  • Prinsip-prinsip dalam pengurusan.
  • Strategi yang digunakan untuk mengendali pengurusan.
  • Ciri pengurusan yang baik. 
Maksud Pengurusan:
  1. Aktiviti yang teratur mencari jawapan bagi soalan-soalan khusus tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.
  2. Pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal ahli-ahli organisasi agar sesuatu matlamat organisasi dapat dicapai.
  3. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.

Tahap Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

→ Perancangan: Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum.
→Implementasi: Pelaksanaan sebenar kurikulum di dalam bilik darjah
→Penilaian       : Menilai untuk penambah baikan kurikulum pada masa akan datang.

Prinsip pengajaran terbahagi kepada dua, iaitu merancang dan perbezaan individu.
  1. Merancang → kepelbagaian teknik → penglibatan murid

      2. Perbezaan Individu→ pengalaman → meransang pemikiran


Terdapat tujuh Prinsip Pembelajaran:

♪ Latihan
♪ Suasana
♪ Matlamat
♪ Penglibatan
♪ Persediaan
♪ Mengkaji Murid
♪ Unsur Dorongan







Ciri Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan

  1. Keperluan Fisiologi
    • mengetahui hal- hal peribadi dan rekod pelajar
      2. Keperluan Masa

    • Membolehkan pelajar belajar dengan baik
    • Urus jadual waktu sesuai dengan pelajar
      3. Keperluan Iklim Bilik Darjah

    • Pencahayaan yang cukup.
    • Alatan dan kemudahan yang baik.

Pendekatan Yang Boleh Digunakan Dalam Mengurus Bilik Darjah

🔎 Deduktif

  • Guru mengajar seperti biasa dan proses pembelajaran adalah guru dan pelajar
  • Guru dan pelajar boleh saling bersoal jawab di dalam aktiviti pembelajaran.

🔎 Induktif

  • Proses ini adalah proses penaklukan yang sangat tinggi.
  • Murid akan dibimbing untuk mengukuhkan kesimpulan mengenai sesuatu konsep

🔎 Elektif

  • Penggabungan kedua- dua teknik.




RUMUSAN
🌈Pihak sekolah haruslah memastika sistem pengurusan yang baik
🌈Pengurusan mempengaruhi PdPc seseorang pelajar.
🌈Terdapat 2 jenis pengurusan, iaitu pengurusan sekolah dan
      pengurusan bilik darjah.
🌈Setiap pengurusan haruslah dilaksanakan dengan baik dan
      berkesan.

Rujukan

  1. Raedah Md Amin. (2013) Pengurusan Pembelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia











No comments:

Post a Comment

BAB 1: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN ⇒ Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam pelbagai aspek. ⇒ Tujuan utama ...