PENDAHULUAN
Pengurusan penasihatan
mempunyai tiga komponen yang penting iaitu bimbingan, penasihatan dan
mentoring. Pertamanya menurut Crow & Crow (1960) konsep bimbingan bermaksud
bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada
seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong
mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung
akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan
perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk
mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Keduanya adalah konsep penasihatan.
Menurut Zuraidah (1994) memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah
tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Gibson & Mitchell
(1999) nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan
berguna. Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan,
mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Konsep
yang ketiga adalah konsep mentoring. Mentoring mengambarkan wujudnya
perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan
individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut
Fletcher (2000) mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee)
supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang
melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping
mengurus dan mengarahkan.
ISI-ISI PENTING
Ciri-ciri bimbingan
merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara
kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah
satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah
tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan
tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau
menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Bimbingan yang diberikan
kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang
dihadapinya. Selain itu, ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan
yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang
bermasalah. Penasihatan berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang
yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini
adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan
pengiktirafan dan memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk
mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Akhirnya ciri-ciri
mentoring iaitu mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang
berterusan untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku
perkembangan positif. Selain itu, bertindakbalas terhadap kelebihan individu,
nilai dan keperluan mentor dan mantee, bertimbang rasa dan akur kepada
kesilapan yang sukar dielakkan dan menerima kesilapan yang boleh diterima dan
yang tidak.
Di
samping itu, proses bimbingan, penasihatan dan juga mentoring adalah sangat
penting dan mempunyai urutan yang tertentu. Proses bimbingan dan penasihatan
mempunyai lima fasa. Fasa 1 ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan
penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu
perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang
mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar
mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Mereka perlu disedarkan tentang
kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber
rujukan pelajar. Fasa 2 adalah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan
penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa
kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel
khas. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat
dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.
Fasa
3 adalah proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi
kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar
yang memerlukan bimbingan dan
penasihatan. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru
untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan
bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik,
teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Fasa 4
adalah proses membimbing pelajar Secara khususnya, pelajar akan dibimbing
melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara
kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana pelajar
memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar
melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi
perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan kelompok melibatkan
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk
motivasi, kemahiran pelajar, dan personal. Fasa 5 adalah analisis penilaian.
Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama
ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan
kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
RUMUSAN
Proses mentoring pula
mempunyai empat proses. Proses yang pertama ialah menjalin perhubungan. Mentor
perlu merikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang
dikehendaki. Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk
mengenali satu sama lain supaya timbul rasa
saling mempercayai. Jika ini berlaku dengan baik maka proses mentoring
akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna. Langkah seterusnya adalah
untuk mentor dan mantee sama-sama
menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka
semasa sesi mentoring. Perjanjian
meliputi penyediaan jadual untuk
sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring. Wujudnya
perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Proses ketiga
merupakan perkembangan professional mantee. Ini merupakan langkah utama
mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada
ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan matlamat mentoring,
menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya matlamatnya tercapai. Pada ketika ini juga,
perlu ada usaha untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara
mereka. Proses yang akhir adalah menamatkan perhubungan. Proses mentoring
berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang
berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian
positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual.
Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula ,
perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal.
No comments:
Post a Comment