Tuesday, November 27, 2018

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, berkelakuan, dan sifat budaya yang mengenai kebudayaan sudah maju akal budi. Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”. Satu sistem kepercayaan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan social-budaya dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklisif dalam organisasi atau masyarakat. Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus kepelbagaian dan Malaysia merupakan satu masyarakat pelbagai budaya. Guru pula agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya. Menurut Gorski (2002) multicultural education is a progressive approach for transforming education that holistically critiques and addresses current shortcomings, failings and discriminatory practices in education. Selain itu terdapat juga perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya. Manusia memang berbeza antara satu sama lain dan guru perlu sedar hakikat ini. Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.

ISI-ISI PENTING

        Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar, Caranya adalah melalui pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Menurut Sabri Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (1996), Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif juga jadi satu falsafah sekolah dan sudah menjadi tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya. Dalam pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu membuka peluang kepada pelajar OKU dan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif serta menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa. Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada  guru ialah memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

Di samping itu, tujuan pendidikan pelbagai budaya iaitu mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Selain itu menanam di kalangan pelajar rasa tanggongjawab dan komited kepada tugas dan amanah dalam masyarakat  yang demokrasi, saksama dan adil supaya sedar akan perlu keadilan sosial dalam masyarakat. Seterusnya prinsip pendidikan pelbagai budaya pula pelajar dan guru sentiasa ada harga diri, integreti, jujur, benar serta bermaruah. Tambahan pula, konsep pendidikan pelbagai budaya ialah guru seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat.

Selain itu, memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas serta meneliti kesukaran dialami oleh kelompok ditindas serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh kelompok ditindas. Selain itu, melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya juga terhadap bagaimana budaya mempengarohi  P&P untuk mendapat pelajar melalui cara yang adil, berintegreti dan tidak  bias. Semua boleh dicapai jika P&P setiap kursus perlu ada fakta-fakta sejarah dan peristiwa penting dan menekan usaha untuk memahami keadaan semasa termasuk tingkah laku setiap insan. Matlamat pendidikan pelbagai budaya hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam  masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial” dan juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills”  (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan.

Seterusnya, implikasi dan cabaran pendidikan pelbagai budaya. Pendidikan adalah  satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah iatu melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Struktur dan organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk berfungsi dalam bentuk mod kolaboratif. Kaedah yang kedua adalah melalui kursus dan perkhidmatan. Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara   berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran  serta aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran baru  dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Kaedah yang ketiga adalah dengan mengadakan program pengembangan staf berpusatkan sekolah.

RUMUSAN

Kesimpulanya, guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek. Guru perlu bersifat “Multicultural”.

No comments:

Post a Comment

BAB 1: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN ⇒ Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam pelbagai aspek. ⇒ Tujuan utama ...