Pengenalan
Pengurusan
didefinisikan sebagai proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi
melalui tindakan yang diselaraskan oleh ahli organisasi (Michael & Jones,
2000). Selain itu, Snel (2000) menyatakan bahawa pengurusan ialah proses
bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.Pengurusan murid pula merupakan satu bidang yang penting di
sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan
mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan
yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Pengurusan murid
mempunyai beberapa elemen penting bagi menetukan objektif yang dibuat tercapai.
Antaranya, ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan
memotivasikan murid. Oleh itu, setiap elemen ini mempunyai peranan yang vital
dan seharusnya dirangka dengan perancangan yang rapi.
1. Pengurusan rekod murid
Pengurusan rekod murid merupakan tanggungjawab utama seorang
guru dalam aktiviti mencatat bidang pengurusan berkaitan penjagaan, mengawal
penciptaan yang sistematik, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah
proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
2. Kesediaan Murid Belajar
Terdapat dua jenis kesediaan pembelajaran murid, iaitu
kesediaan kognitif dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif lebih berkait rapat dengan
mental untuk memahami dan berfikir. Manakala, kesediaan afektif merujuk kepada
sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima
pelajaran yang ingin disampaikan. Kesediaan psikomotor merujuk kepada
penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah
perkembangan fizikal, iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan
penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
3.
Memotivasikan Murid.
Akhir sekali, motivasi
merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah
mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu
perkara dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Manakala, naluri
pula rasa ingin tahu yang mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba dan
menjelajah. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan
fisiologi. Seterusnya, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi
dan psikologi. Akhir sekali, sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan
dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif dan
aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment