Pengenalan
Pengurusan bilik darjah bermaksud
bagaimana guru dan pelajar bekerja, saling bekerjasama, dan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah
adalah suatu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya di mana iklimnya kondusuf untuk pelaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah
bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab
serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).
PERANAN
GURU MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
1. Aktiviti
Pembelajaran Berkumpulan
Tujuan aktiviti pembelajaran
dilaksanakan adalah untuk memudahkan guru membimbing pelajar.pelaksanaan
aktiviti ini memerlukan kerjasama yang utuh daripada para pelajar. Dalam hal
ini, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Guru pula boleh
beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.
2. Aktiviti
Pengajaran Individu
Aktiviti pengajaran
individu boleh dilakukan dengan
menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil. Dalam hal ini, guru harus
menyediakan situasi pembelajaran yang meransang pelajar untuk belajar.
Pengawasan yang baik oleh guru dapat meningkatkan potensi para pelajar.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat
memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri.
3. Penyediaan
Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran
ialah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan sumber dan
dibina mengikut kreativiti guru dan pelajar. Ia diwujudkan bagi menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sesi
pengajaran dapat dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan.
4. Pengurusan
Sumber
Pengurusan sumber
didefinisikan sebagai segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengurusan ini penting
bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan
mencabar, seterusnya menjamin perkembangan pembelajaran pelajar.
5. Penyediaan
Bahan
Penyediaan bahan
bermaksud apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi
pelajaran. Ia digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi
pembelajaran yang lebih bermakna.
Kesimpulannya, terdapat
lima aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, iaitu aktiviti pengajaran
berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pengurusan suber
dan penyediaan bahan.
RUJUKAN
1.
James Ang Jit Eng, Ed.D. Pengurusan Bilik
Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan.
2.
Mohd Amir Shariffudin Hashim, Pengurusan Bilik
Darjah: Pandangan Dari Sudut Interaksi Guru-Murid.
No comments:
Post a Comment