Friday, November 30, 2018

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENDAHULUAN
Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah cara seorang guru untuk mengorganisasi dan menyusun sebuah bilik darjah supaya kondusif dan selesa untuk pelajar. Guru adalah peranan utama untuk menyusun dan menguruskan bilik pembelajaran. Bilik pembelajaran haruslah dilengkapi dengan meja, kerusi, papan hitam, alat menulis dan sudut pembelajaran.

ISI-ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.

Unsur fizikal bilik darjah bermaksud penyusunan bilik darjah yang dilengkapi kerusi meja, bahan pembelajaran untuk pelajar. Pada zaman dahulu surau atau pondok sudah dianggap seperti bilik darjah tetapi berbeza dengan pada masa kini. Pada zaman moden ini, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa, pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Penyusunan dan kekemasan adalah faktor yang penting mempengaruhi fizikal bilik darjah.

Konsep interaksi dalam bilik darjah adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Terdapat lima jenis interaksi iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid serta interaksi berkomputer. Faktor yang mempengaruhi interaksi dalam bilik darjah ialah susunan bilik darjah. Hal ini supaya mudah untuk pelajar berinteraksi. Selain itu, keadaan emosi bilik darjah juga penting seperti suara guru hendaklah jelas supaya pelajar lebih fokus dengan apa yang guru mengajar. Guru hendaklah memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali supaya pelajar lebih cergas seperti aktiviti berkumpulan. Hal ini juga adalah untuk menghidupkan suasana supaya pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Guru hendaklah bijak untuk menarik perhatian pelajar salah satu caranya adalah gunakan alat bantu mengajar berteknologi. Hal ini adalah kerana pelajar lebih cenderung ke arah menggunakan teknologi dan lebih berminat.

Iklim bilik darjah bermaksud suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P & P yang berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah sama ada menggalakkan atau menghalang P & P. Guru berperanan untuk menentukan suasana fizikal. Suasana sosial adalah kajian melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Teknik sosiometri adalah satu teknik untuk menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Suasana emosi ialah gabungan daripada pelbagai perkara seperti suara, kemesraan, kelucuan, stail, penggunaan pujian, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah dan kempimpinan & kaedah mengajar.

RUMUSAN
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. 

No comments:

Post a Comment

BAB 1: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN ⇒ Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam pelbagai aspek. ⇒ Tujuan utama ...