Saturday, December 1, 2018

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER


Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah melibatkan banyak hala, iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dala memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai sumber bagi pembelajaran murid untuk kadar masing- masing pada setap masa dan di tempat pilihan mereka.
            Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai- nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi ransangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah:
1.      Penggunaan buku teks
2.      Aktiviti penelitian
3.      Pencarian bahan dari pelbagai sumber
4.      Latihan penyelesaian masalah.
5.      Penggunaan alat pandang dengar.

Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar dan projektor. Pada era globalisasi ini, bahan yang lebih canggih telah diaplikasikan seperti cakera padat interaktif, permainan interaktif, persidangan-tele dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat- sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan.
            Seterusnya, terdapat empat fungsi dan peranan utama pusat sumber;
1.      Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
2.      Mengisi masa lapang.
3.      Pusat professional.
4.      Pusat kegiatan balajar dan mengajar.

RUMUSAN 
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru- guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber rujukan dalam membuat persediaan mengajar.

RUJUKAN

1. Pengurusan Sumber. (2018). Retrieved from https://www.scribd.com/document/53622580/pengurusan-sumber

No comments:

Post a Comment

BAB 1: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN ⇒ Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam pelbagai aspek. ⇒ Tujuan utama ...