PENDAHULUAN
Pengurusan
murid pelbagai upaya membincangkan bagaimana
pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.
Program-program pendidikan yang menggunakan
kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan
fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Terdapat beberapa konsep yang
dapat digunakan untuk diajar kepada murid pelbagai upaya :
KONSEP
PEMULIHAN
Definisi ialah merupakan tindakan
yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.Menurut Tansley (1967)
konsep pemulihan merupakan„ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan
pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.‟
KONSEP
PENGGAYAAN
Definisi ialah melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran
asas.Selain itu,pelajaran dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan
kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
KONSEP
KEPERLUAN KHAS
Menurut Garciulo
(2003)“individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or
behavioural characteristics. Many of these children may require educational
program customized to their unique needs”.
KONSEP
PINTAR CERDAS
Menurut Ross (1993), pelajar
pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra
sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat
yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap
yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
TEORI
KECERDASAN PELBAGAI
Diasaskan oleh Dr Howard Gardner
pada tahun 1983.Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan
semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran,
peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.Terdapat 9 jenis kecerdasan untuk
mengukur tahap kecerdasan individu :
l
Kecerdasan
Logik-Matematik
l
Kecerdasan
Verbal-Linguistik
l
Kecerdasan
Muzik
l
Kecerdasan
Kinestetik Badan
l
Kecerdasan
Interpersonal
l
Kecerdasan
Intrapersonal
l
Kecerdasan
Ruang Visual
l
Kecerdasan
Naturalis
l
Kecerdasan
Eksistensialis
RUMUSAN
Secara
keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan
pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard
prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.Pengurusan murid merupakan suatu
bidang yang penting di sekolah.
No comments:
Post a Comment