PENDAHULUAN
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi
keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat
menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selau dikenali sebagai pusat
penyebaran ilmu untuk mendidik anak.Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas
pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis dan berhitung), tetapi kerana
kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya
mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu
dan mata pelajaran yang lain. Persekitaran pula membawa maksud kawasan
disekeliling suatu tempat.Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam
sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah
sekolah.Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di
sekolah.
ISI-ISI PENTING
Terdapat
hubungan Tiga Dimensi iaitu sekolah – Ibu Bapa – masyarakat dalam mencapai matlamat sekolah.
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
l Suasana
selesa dan mesra
l Suasana
yang merangsang pembelajaran
l Menggalakkan
pembelajaran koperatif
l Bebas
daripada ancaman dan bahaya fizikal
l Memberi
peluang yang sama kepada semua murid
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN
MASYARAKAT
Sekolah
merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada
masyarakat dan persekitaran.Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya
generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.Sekolah
mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran
dan kehendak masyarakat.Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik,
terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak
luar.
HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA
(PIBG)
l Mewujudkan
muafakat antara ibu bapa dan guru
l Membantu
dalam memajukan perkembangan murid
l Menjaga
kebajikan murid
l Menambah
sumber kewangan sekolah
l Meningkatkan
keceriaan premis sekolah
l Menjayakan
aktiviti dan program pendidikan
RUMUSAN
Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan
antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar
juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).Ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah
yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
No comments:
Post a Comment