PENDAHULUAN
Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah cara
seorang guru untuk mengorganisasi dan menyusun sebuah bilik darjah supaya
kondusif dan selesa untuk pelajar. Guru adalah peranan utama untuk menyusun dan
menguruskan bilik pembelajaran. Bilik pembelajaran haruslah dilengkapi dengan
meja, kerusi, papan hitam, alat menulis dan sudut pembelajaran.
ISI-ISI
PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik
darjah dan iklim pembelajaran positif.
Unsur fizikal bilik darjah bermaksud penyusunan
bilik darjah yang dilengkapi kerusi meja, bahan pembelajaran untuk pelajar.
Pada zaman dahulu surau atau pondok sudah dianggap seperti bilik darjah tetapi
berbeza dengan pada masa kini. Pada zaman moden ini, sebuah bilik darjah secara
fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat
bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas.
Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa, pengurusan bilik darjah hendaklah
berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik
darjah. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat
digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan
menggalakkan untuk pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45)
tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung
kepada umur dan keperluan pelajar. Penyusunan dan kekemasan adalah faktor yang
penting mempengaruhi fizikal bilik darjah.
Konsep interaksi dalam bilik darjah adalah satu
proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak.
Terdapat lima jenis interaksi iaitu interaksi sehala atau tradisional,
interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan
murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
serta interaksi berkomputer. Faktor yang mempengaruhi interaksi dalam bilik
darjah ialah susunan bilik darjah. Hal ini supaya mudah untuk pelajar
berinteraksi. Selain itu, keadaan emosi bilik darjah juga penting seperti suara
guru hendaklah jelas supaya pelajar lebih fokus dengan apa yang guru mengajar.
Guru hendaklah memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali supaya pelajar lebih
cergas seperti aktiviti berkumpulan. Hal ini juga adalah untuk menghidupkan
suasana supaya pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Guru hendaklah bijak
untuk menarik perhatian pelajar salah satu caranya adalah gunakan alat bantu
mengajar berteknologi. Hal ini adalah kerana pelajar lebih cenderung ke arah
menggunakan teknologi dan lebih berminat.
Iklim bilik darjah bermaksud suasana bilik darjah
yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P & P yang berkesan. Iklim
bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan
suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah sama ada
menggalakkan atau menghalang P & P. Guru berperanan untuk menentukan
suasana fizikal. Suasana sosial adalah kajian melalui pemerhatian biasa dan teknik
sosiometri. Teknik sosiometri adalah satu teknik untuk menunjukkan perhubungan
individu dengan pelajar. Suasana emosi ialah gabungan daripada pelbagai perkara
seperti suara, kemesraan, kelucuan, stail, penggunaan pujian, kawalan, sikap
dan ekspektasi bilik darjah dan kempimpinan & kaedah mengajar.
RUMUSAN
Kesimpulannya,
strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting
seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga,
peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran
yang ingin disampaikan.